Yang Ditampilkan

5 Cara Mudah Untuk Menjana Pendapatan Sampingan




Berikut Merupakan 5 cara mudah bagaimana anda boleh menjana pendapatan sampingan....





1. Mulakan Perniagaan Secara Online

Ramai daripada kita sekarang menghabiskan masa terluang melayari Facebook. Jadi apakata cuba buat Facebook Page untuk menjual barangan secara online. Anda boleh belajar dengan pelbagai "sifu" yg akan mengajar anda bagaimana melakukannya. Selain itu cuba juga laman web seperti Ebay, Mudah, Lelong, Lazada, Carousel. Malahan anda juga boleh menggunakan Instagram untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan anda. Tudung. Kasut. Baju Kurung. Jubah. Pakaian Bayi. Malahan makanan snek pun ada di jual! Anda cuma perlu rajin memasarkan produk anda dan yakin dan jujur dalam menjalankan perniagaan anda supaya anda mendapat rating yang bagus dan pelanggan-pelanggan akan yakin dan selalu kembali untuk membeli daripada anda. Jangan risau, anda ada pilihan untuk menjadi dropshipper di mana anda tidak perlu menyimpan stok, Cuma perlu memilih stokis yang boleh dipercayai di mana mereka akan menguruskan penghantaran barang dan anda Cuma perlu memasarkan untuk mereka dan menjana komisyen bagi setiap barang yang anda berjaya jual.


2. Jadi Pemandu Sambilan

Sekarang ini anda juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan hanya memandu. Anda ada lesen memandu? Mempunyai kereta yang masih berkeadaan baik? Tahu mengendalikan aplikasi peta di telefon mudah alih anda? Bagus! Kerana pada masa ramai yang malas hendak memandu dalam keadaan trafik yang sesak terutamanya di waktu puncak dan ramai yang tidak mahu membayar harga tempat letak kereta yang semakin tinggi. Jadi, di situ merupakan peluang anda untuk menjadi pemandu mereka dan sekiranya anda rajin dan berdisiplin. Platform seperti Uber dan Grabcar merupakan platform popular masa kini. Anda mungkin perlu memikirkan kos petrol dan penjagaan kereta tetapi itu semua mungkin tidak menjadi masalah sekiranya pendapatan yang anda dapat berlipat kali ganda dari kos tersebut. Anda juga perlu berhemah di jalan raya untuk mengelakkan risiko kemalangan atau risiko undang-undang seperti risiko disaman polis atau JPJ.


3. Tulis blog atau muat naik video di YouTube

Jika anda seorang yang rajin menulis, apa kata anda gunakan kreativiti anda untuk menulis blog? Semakin tinggi jumlah pelawat atau trafik ke blog anda, semakin tinggi peluang anda untuk menjana pendapatan melalui iklan yang terpampang di blog anda atau mungkin ada syarikat nyata atau online yang tertarik dengan penulisan anda untuk membuat review berbayar bagi produk atau perkhidmatan mereka. Atau anda mempunyai video tentang apa jua – muzik, tutorial mekap, pendapat, cerita lawak dan lain-lain. Anda boleh muatnaikkan di laman You Tube dan sertak sekali Google AdSense kepada video anda yang akan overlay kan video anda dengan iklan secara automatik. Apabila pengunjung mengklik iklan tersebut, anda sudah pun mendapat duit dari Adsense. Seperti blog, banyak usaha yang diperlukan untuk menghasilkan video yang menarik, tapi hanya sewaktu permulaan. Apabila anda selesai memuat turun video tersebut, anda boleh goyang kaki dan Cuma menunggu trafik video anda menjana pendapatan untuk anda.

4. Sewakan rumah atau bilik kosong anda

Rumah anda mempunyai bilik tambahan yang telah lama kosong? Atau anda mempunyai rumah yang baru dibeli tetapi anda tidak bercadang untuk mendudukinya? Mengapa biarkan ia kekal kosong atau membayar ansuran semata-mata? Tahukah anda, bilik kosong anda itu mempunyai potensi untuk menjana pendapatan tambahan anda? Pada masa kini, anda boleh mencari penyewa sementara atau tetap melalui platform AirBnB atau CariBilik Berapa banyak sewa yang anda akan dapat bergantung kepada saiz dan keadaan rumah atau lokasi anda. Sekiranya rumah anda berada di tengah-tengah bandar atau, senang diakses secara berjalan kaki atau pengangkutan awam atau berdekatan dengan pusat perlancongan popular, pendapatan anda mungkin akan lebih tinggi. Anda cuma perlu memastikan gambar yang diambil untuk tujuan pengiklanan menarik perhatian dan keadaan rumah yang cantik dan selesa untuk didiami. Tapi harus diingatkan, anda mungkin perlu bersedia dengan kos penjagaan dan sekiranya anda tidak bernasib baik, anda akan mendapat penyewa yang bermasalah jadi berhati-hati sebelum melakukan apa-apa persetujuan untuk menyewakan bilik atau rumah anda!


5. Menjadi penulis sambilan

Peminat drama bersiri yang sering disiarkan di kaca TV? Tahu kah anda kesemua jalan cerita tersebut merupakan adaptasi daripada nukilan novel penulis tempatan yang telah pun mengumpul beribu malahan ratusan ribu royalti sebaik sahaja novel mereka diterbitkan? Sekiranya anda mempunyai bakat semula jadi dalam penulisan, mungkin ini merupakan salah satu cara yang mudah untuk anda menjana pendapatan sampingan. Bukan sahaja novel, malahan anda boleh menulis untuk perkara-perkara lain yang anda mahir seperti strategi pemasaran, atau strategi pelaburan malahan jika anda tidak mampu untuk menulis panjang dan boleh menulis untuk kolum ruangan suratkhabar atau majalah. Jika anda bernasib baik, mungkin ada produser filem yang akan mengadaptasikan novel anda ke dalam bentuk drama dan anda mungkin dapat menerima tambahan royalti dalam ratusan ribu ringgit!
Nah, siapa kata mencari pendapatan sampingan itu susah? Dan kenapa kita perlu mengeluh setiap kali harga barang naik sedangkan kita mampu menggunakan akal dan kemampuan kita untuk menentukan sendiri jumlah pendapatan yang kita akan terima?

Ulasan